About Me

My photo
new town, Malaysia
Assalamualaikum... Manisnya senyuman itu menunjukkan keakraban dan kemesraan biarpun tiada sebarang ungkapan kata2. Renungan matamu menceritakan sejuta kisah.. kenangan itu akan di abadikan di lubuk sanubari selagi hayat di kandung badan.. menjadi kebanggan pada aku andai dapat memuaskan hati kalian dengan hasil karya yg aku hasilkan. Setiap tempahan akan aku siapkan dengan sebaik mungkin. Diharapkan hasil karya aku dapat membawa sekurang-kurangnya sekuntum senyuman pada kalian dan mereka yang tersayang. pada kalian yang sudah,sedang dan akan 'berurusan'degan aku..tiada ungkapan yang dapat ku sampaikan melainkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Setiap tempahan merupakan kepercayaan dan sokongan pada hamba yang fakir ini..yang sentiasa ingin memperbaiki dan mencari.... terima kasih.. wassalam...salam sejahtera..

THANK YOU FOR FOLLOWING ME

Monday, May 16, 2011

Tempahan lukisan potret dari Selangor,Johor dan Perlis

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

alhamdulillah kita masih lagi di beri kesepatan untuk terus bernafas hingga ke hari ini...
syukur juga kerana kita semua masih di beri kudrat untuk melalui hari yang kesekian kali dalam hidup..
dan juga setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Allah SWT kerana dalam kesibukan,masih mampu aku menyudahkan tempahan2 lukisan potret dari kawan2..

untuk kali ini,lukisan2 ni merupakan tempahan daripada kawan dari perlis dan selangor..
kedua2nya adalah lukisan pasangan yang bahagia nampaknya..hehe..(O:

1) Tempahan dari Bangi,Selangor

saiz:B4
Medium:Pensil HB,2B,& 6B



2)Tempahan dari Johor

saiz:B4
Medium:Pensil HB,2B,& 6B

Menggunakan nick name sebagai Hud Cihud ,Hud adelah salah sorang kwn aku dalam facebook
memaparkan gambar ibu dan kakak beliau..
ketiga2 gambarni di ambil dari 3 gambar berasingan dan di gabungkan menjadi sekeping lukisan..
agak sukar pada mulanya sebab gambar reference tak berapa sharp & kabur,dengan saiz mega pixel yg agak kecil..

alhamdulillah..melihat pada respon Hud,dia puas hati kot..hehe
dan...ini la hasilnya






 3)Tempahan dari Perlis


saiz:B4
Medium:Pensil HB,2B,& 6B

Loving Couple...
Tempahan daripada En.Farid dari Perlis..




 



Couple of the week 




pssttt......-aku nak cakap sikit..:-

aku suka melukis,aku minat melukis..
aku tau karya aku hanyalah 'biasa2' je...dan aku masih belajar
banyak lagi perlu aku belajar,banyak lagi yang perlu aku perbaiki
ape yang nak aku sampaikan,kewujudan aku di sini bukan lah untuk menandingi siapa-siapa..
sebab aku tahu ade ramai lagi pelukis2 yang jauh lebih hebat karya nya klu nak di bandingkan dengan aku.
apepun,aku cuma buat apa yang aku suka.
di samping tu,aku mencari rezeki halal dari kebolehan dan bakat yang tak seberapa ni..

jutaan terima kasih pada kalian yang memberikan sokongan
setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2..
aku ikhlas dalam berkarya..
ya aku tidak ada apa2 kelulusan,segulung diploma atau ijazah dalam bidang seni..
aku tidak sehebat itu..
setiap tunjuk ajar,dorongan dan galakan,pujian serta cemuhan aku terima dan ambil dari sudut pandangan yang positif..

tulisan ini tidak aku tujukan pada sapa2..
hanya luahan dari seorang yang sangat2 amatur
klu ade yang terasa..tu ko punya pasal...hehe...(O:
aku x peduli..selagi aku boleh melukis,aku tetap akan melukis..

yang benar...bayu aka kapan









                                                            wassalam...peace   (O:


Monday, May 9, 2011

maafkan aku......& aku bertuah...!!!

assalamualaikum w.b.t...

dah agak lama aku x update blog ni...
2 3 minggu kebelakangan ni merupakan minggu yg agak sibuk buat aku..
balik kampung,urusan kat KL,dll...
akibatnya,ade tempahan lukisan potret yang tertangguh
sejujurnya,aku rs agak kesal sbb xdpt siapkan dengan secepat mungkin...

apepun,terima kasih yg tak terhingga pada kawan2(customer) yang memahami..
sememangnya ianya bukan di sengajakan...
maafkan aku kawan...

sekembalinya aku daripada kesibukan tu,aku akan siapkan secepat mungkin.

apepun dalam kesibukan tu,masa perjalanan balik kampung,kalini aku balik naik bus.sampai KL,sempat jugak aku luangkan masa singgah n pusing2 kat tempat wajib bagi aku..CENTRAL MARKET
setiap kali aku p KL,seboleh2nya aku nak jgak singgah kat CM ni..walaupun xde tujuan yg khusus.

Korg mesti tau,CM ni port ramai pelukis2 yg hebat2..
Istimewanya,kalini aku dapat jumpa & sempat berborak dengan salah sorang pelukis yg x asing lg kat CM ni..
Dia lah Shamsuri Atan aka aghus danik.
tkejut 'beruk' aku bila beliau tegur aku,dlm hati berfikir..mcmn dia boleh kenal aku??haha

tp itulah hakikatnya,pepatah mengatakan,seperti resmi padi..lagi berisi,lagi dia tunduk..
walaupun dia pelukis yg hebat,dengan kualiti karyanya yg 5-6 bintang dan berbintang2,dia tak sombong..malah sempat jugak luangkan masa berborak dengan pelukis amatur mcm aku.Siap hadiahkan aku buku tulisan beliau tentang panduan melukis potret lagi..(WAH BERTUAHNYA AKU!!..haha)
Beliau jugak x keberatan utk sain pd buku tu n tggalkan sedikit pesanan iaitu.."GOOD LUCK"
pendek dan ringkas..tp amat bermakna bg aku...





sekian dulu utk kali ni..
kita akan jumpa lg di entri seterusnya...karya lukisan terbaru aku....
assalamualaikumm


ingin wajah korang,atau orang kesayangan korang di potretkan??

isi FORM ORDER anda DISINI


Thursday, April 21, 2011

atas sebab2 tertentu,bermula dari 21.04.2011..semua tempahan potret mesti di dahului dengan bayaran deposit...harap maklum terima kasih atas sokongan kalian (O:

atas sebab2 tertentu,bermula dari 21.04.2011..semua tempahan potret mesti di dahului dengan bayaran deposit...harap maklum
terima kasih atas sokongan kalian (O:


micheal jackson


Sunday, April 10, 2011

LUKISAN SEMPENA HARI PERSARAAN DAN PERINGATAN/KENANGAN

"jasamu dikenang hingga ke akhir hayat...."

JABATAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 2011

(PUTRAJAYA)

Encik Lee Choong Min


Puan Zaimah Ghazali



(TERENGGANU)


Allahyarham Maimunah bt Hj Abd Razak..
15-3-1960 - 19-3-2006.. 
kanser payudara..
(ibu pada sorg kenalan aku kat fb)
marilah sama2 kita sedekahkan Fatihah kepad aArwah..semoga Rohnya di cucuri rahmat..amin..


KAU MAWARKU
Dan yg ni...sepertimana yg korg tau..aku ni xpandai mewarna..
tp aku cuba gak..
so ini adelah first baby aku in color...


Saturday, April 2, 2011

Perginya seorang penulis lirik yang terkenal...Jamaluddin Sulik @ lbh dikenali sgb SERI BAYU.

Perginya seorang komposer dan penulis lirik yang terkenal...Jamaluddin Sulik @ lbh dikenali sgb SERI BAYU...


Secara peribadi,aku sangat meminati karya2 Allahyarham..
Lirik yang di tulis sangat mendalam,sungguh puitis..

Aku tak sabar untuk mendengar lagu/dengan tulisan lirik oleh arwah bertajuk SEBELUM AKU PERGI..

Allahyarham Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaluddin Sulik meninggal dunia di Hospital Besar Port Dickson, Negeri Sembilan malam ini kerana menghidap sakit saraf.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.30 malam pada usia 46 tahun.

Banyak dugaan yang di lalui arwah semasa hayatnya..
semoga roh nya di cucuri rahmat...

Al-fatihah...


Wednesday, March 30, 2011

antara LUKISAN TERBARU - LAST WEEK

assalamualaikum....maaf sebab agak lama x update...agak busy sikit la (alasan lazim)...
entah kenapa,kebelakangan ni,mood untuk melukis pun kurang,hilang entah kemana tak tau kenapa..
bila kepala serabut,mood untuk fokus masa melukis pun out..
so kerja pun tertangguh...rugi3....

apepun,aku dapat jugak setle kan beberapa tempahan yang datang dari melaka,johor dan pulau pinang
ada lagi beberapa lukisan yang tak sempat aku upload,aku akan upload kemudian..

buat kawan2 yang dah buat tempahan,terima kasih atas sokongan,terima kasih kerana memahami,dan terima kasih kerana membuat bayaran dengan segera,dan terima kasih atas komen dan tunjuk ajar yang di berikan..

Seperti biasa,sebarang komen dan nasihat yang membina sentiasa aku alu-alukan dan amat ku hargai..

beat it!!!!

from one of my favourite action movie
The Bourne Ultimatum




sweetie in progress

baby on board
NOTE:ada permintaan untuk melukis mural di dinding bangunan...alamak aku tak pernah lagi buat...
boleh ke???



Monday, March 14, 2011

new potrait...KEDAH TO MELAKA...dll.......

nama dalam lukisan aku sensored,atas sebab2 tertentu..

tempahan potret 132

tempahan potret 124

tempahan potret 214



tempahan potret 241

tempahan potret 233








GOES TO BALING


Allahyarham Haji Md Daud..

tempahan potret 240



FROM oNe of My Favourite Movie..
-The Bourne Altimatum-






Lain-Lain Tempahan

tempahan potret #137

tempahan potret #143

MY BIG BRO

tempahan potret #203

tempahan potret #208

tempahan potret #252

tempahan potret #185

tempahan potret #248



Saturday, March 12, 2011

FROM KEDAH TO SINGAPURA

lukisan2 ini di tempah sorang awek manis dr luar negara..Singapura je..hehe..
kata cikgu yg mengajar braile kpd murid2 cacat penglihatan ni,
(yg juga mengajar bacaan Al-Quran kepada golongan dewasa di Singapura)
lukisan ni dia nak jadikan sebagai cover utk kalendar peribadi dia..
setiap helaian kalendar dia akan tulis potongan ayat2 suci al-Quran atau hadis,
Dengan tulisan jawi..

So setiap kali dia pandang potret2 ni,secara automatiknya dia akan
baca hadis dan potongan ayat2 suci tersebut seterusnya memberikan peringatan pada dia...

Emm sungguh menarik bukan??

Tapi sayangnya aku xdpt nak share hasil2 lukisan ni dgn kwn2..
Sbb nya adalah untuk menghormati permintaan awek muslimah ni yg xmau lukisan gmbar dia di publish di mn2..
Tp sbb degilnya aku,aku publish jugak..tp ciput2 je la..(O:












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...