About Me

My photo
new town, Malaysia
Assalamualaikum... Manisnya senyuman itu menunjukkan keakraban dan kemesraan biarpun tiada sebarang ungkapan kata2. Renungan matamu menceritakan sejuta kisah.. kenangan itu akan di abadikan di lubuk sanubari selagi hayat di kandung badan.. menjadi kebanggan pada aku andai dapat memuaskan hati kalian dengan hasil karya yg aku hasilkan. Setiap tempahan akan aku siapkan dengan sebaik mungkin. Diharapkan hasil karya aku dapat membawa sekurang-kurangnya sekuntum senyuman pada kalian dan mereka yang tersayang. pada kalian yang sudah,sedang dan akan 'berurusan'degan aku..tiada ungkapan yang dapat ku sampaikan melainkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Setiap tempahan merupakan kepercayaan dan sokongan pada hamba yang fakir ini..yang sentiasa ingin memperbaiki dan mencari.... terima kasih.. wassalam...salam sejahtera..

THANK YOU FOR FOLLOWING ME

Sunday, October 14, 2012

LUKISAN POTRET - BUKAN SEKADAR LUKISAN - sebahagian daripada yang sempat ku kongsikan..

Assalamualaikum..
   selepas kira2 2-3 bulan,baru sekarang aku ada mood nak kemaskini blog yang sunyi ni..(O:
Sebelum tu,jutaan terima kasih aku ucapkan pada kalian yang sudi singgah di blog aku ni,selalu mengikuti perkembangan aku..yang selalu memberikan komen dan kritikan membina serta tunjuk ajar serta kalian yang memberikan kepercayaan pada aku yang berkhidmat..Semuanya amatlah aku hargai..Bagi aku ini semua merupakan sokongan kalian yang hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya..semoga kalian sentiasa di rahmati Allah swt..amin..

..Maafkan aku,disebalik passionate aku melukis,aku juga terikat dengan beberapa komitmen lain..
Mungkin ramai yang tak tahu,@ tak pernah aku bgtau pun..hehe...Aku sebenarnya bukan lah Pelukis sepenuh masa..
Bertugas sebagai Penjawat Awam di sebuah Pejabat Kesihatan Daerah di suatu daerah di utara..kadang-kadang aku terpaksa stay up dan pulang lewat malam, perlu hadir bertugas pada hari cuti...dll..
maafla aku kurang berminat utk bercerita mengenai perkara ni,cuma sedikit untuk makluman je.. sebab aku lebih suka dikenali sebagai seorang pelukis..(o:

      Selain daripada itu,aku juga minat dan terlibat secara tak langsung dalam penulisan lirik dan penciptaan lagu..Kalau ditanya,aku lebih cenderung ke arah genre muzik nasyid..Baru-baru ni khidmat aku diperlukan untuk membimbing satu kumpulan nasyid dari kalangan penuntut siswi di Universiti Utara Malaysia.sebelum ni di Kolej jururawat,di pejabat2 kerajaan,dll..alhamdulillah,at least ade jugak hasilnya..hehe....nanti la ade masa aku kongsikan & perdengarkan lagu hasil ciptaan aku..kita sembangkan perkara ni di masa lain k..


     Aku juga sentiasa cuba sebaik mungkin untuk melibatkan diri atau cuba hadir dalam mana-mana program-program berkaitan kesenian yang selalu diadakan..Walaupun tak terlibat secara langsung atau ade menghantar karya,sekurang-kurangnya aku dapat banyak pendedahan dan belajar serta kenal mengenali sesama artist yang baru dan yang berpengalaman..ini juga suatu proses pembelajaran..Ini tak termasuk lagi dengan aktiviti aku dalam bidang photografi dan perangai aku yang suka berjalan...huuhu..di tambah lagi dengan komitmen dan tanggungjawab utama aku pada keluarga...

    Sedikit info tentang beberapa perkara sebelum ni,aku mohon maaf pada kalian..Sebelum ni,agak lama aku berehat..di sebabkan aku terpaksa fokus pada urusan majlis perkahwinan aku,alhamdulillah semuanya selesai..aku dan isteri selamat di ijabkabul pada 1hb jun 2012..alhamdulillah..kurang sebulan lepas tu,aku sibuk pulak dengan urusan tukar tempat kerja dan pindah rumah..semuanya aku kena setle sorang2 so fhm2 je la....dalam kekalutan tu,aku terpaksa 'cuti' kejap melukis..so akibatnya beberapa tempahan tertangguh..dah pun aku maklumkan..walaubagaimanapun,rasa serba salah tu tetap ada sebab ini setiap tempahan tu amanah orang..

    Jadi berbalik pada perkara di atas tadi,..itu semuanya memerlukan aku merancang dan menguruskan jadual aku dengan sebaik mungkin supaya semuanya dapat berjalan lancar dan tidak ade yang terlepas pandang..tapi kadang2 tu ade "keceper" jugak..
Melihatkan kepada semua ni,selalu je ade soalan yang di ajukan pada aku,habis tu bila masanya ko melukis bro? .... dah jadi kebiasaan aku mula melukis waktu lewat malam hingga ke awal pagi..pada aku itu la masa yang paling produktif samada melukis atau mencipta lagu..esoknya bersiap dan pergi kerja macam biasa..perkara ni bukan la pelik pada golongan-golongan tertentu termasuk lah aku..kalau dah minat,macam mana pun kita akan usaha juga cari ruang tu..takde alasan...yang penting siap je..*peringatan ; aku ni bebas dadah k..hehe

   Ok la..banyak sgt aku membebel dah ni..di sini aku kongsikan beberapa gambar lukisan yg sempat aku rakamkan..(O:

*gambar lukisan ni aku snap guna camera biasa je..so imej tu kurang la jelasnya...mintak mahap...(O:














NASYID..


 kump SAYIDDAH SAKINAH ....
aku tumpang gembira..tahniah..
lps ni boleh usaha lagi..

pada mereka aku berkongsi lagu terbaru yg sempat aku siapkan..harap dapat la jadi manfaat bersama walau tak seberapa..sikap komited diorang buat aku puas..

*Sedikit kenangan manis ni membuatkan aku lbh bersemangat utk terus berkarya...insyaallah...akan byk lagi lagu baru yg akan menyusul..

memang kerja banyak,tp asyik mengadap benda sama je fed up gak..sesekali kena gak alih pandangan pada benda lain..dunia ni luas utk kita nikmati....

*tapi lukisan tetap jadi keutamaan..
kredit utk Maisarah Saidi Sukri utk lirik yg kuat..

Sekian saja cerita panjang berjela aku untuk kalini ...haha
selebihnya korang boleh follow kat page fb aku AKU,POTRET DAN KAMU
Tq for LIKE my page

Kita jumpa lagi di post seterusnya..
Assalamualaikum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...