About Me

My photo
new town, Malaysia
Assalamualaikum... Manisnya senyuman itu menunjukkan keakraban dan kemesraan biarpun tiada sebarang ungkapan kata2. Renungan matamu menceritakan sejuta kisah.. kenangan itu akan di abadikan di lubuk sanubari selagi hayat di kandung badan.. menjadi kebanggan pada aku andai dapat memuaskan hati kalian dengan hasil karya yg aku hasilkan. Setiap tempahan akan aku siapkan dengan sebaik mungkin. Diharapkan hasil karya aku dapat membawa sekurang-kurangnya sekuntum senyuman pada kalian dan mereka yang tersayang. pada kalian yang sudah,sedang dan akan 'berurusan'degan aku..tiada ungkapan yang dapat ku sampaikan melainkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Setiap tempahan merupakan kepercayaan dan sokongan pada hamba yang fakir ini..yang sentiasa ingin memperbaiki dan mencari.... terima kasih.. wassalam...salam sejahtera..

THANK YOU FOR FOLLOWING ME

Monday, May 9, 2011

maafkan aku......& aku bertuah...!!!

assalamualaikum w.b.t...

dah agak lama aku x update blog ni...
2 3 minggu kebelakangan ni merupakan minggu yg agak sibuk buat aku..
balik kampung,urusan kat KL,dll...
akibatnya,ade tempahan lukisan potret yang tertangguh
sejujurnya,aku rs agak kesal sbb xdpt siapkan dengan secepat mungkin...

apepun,terima kasih yg tak terhingga pada kawan2(customer) yang memahami..
sememangnya ianya bukan di sengajakan...
maafkan aku kawan...

sekembalinya aku daripada kesibukan tu,aku akan siapkan secepat mungkin.

apepun dalam kesibukan tu,masa perjalanan balik kampung,kalini aku balik naik bus.sampai KL,sempat jugak aku luangkan masa singgah n pusing2 kat tempat wajib bagi aku..CENTRAL MARKET
setiap kali aku p KL,seboleh2nya aku nak jgak singgah kat CM ni..walaupun xde tujuan yg khusus.

Korg mesti tau,CM ni port ramai pelukis2 yg hebat2..
Istimewanya,kalini aku dapat jumpa & sempat berborak dengan salah sorang pelukis yg x asing lg kat CM ni..
Dia lah Shamsuri Atan aka aghus danik.
tkejut 'beruk' aku bila beliau tegur aku,dlm hati berfikir..mcmn dia boleh kenal aku??haha

tp itulah hakikatnya,pepatah mengatakan,seperti resmi padi..lagi berisi,lagi dia tunduk..
walaupun dia pelukis yg hebat,dengan kualiti karyanya yg 5-6 bintang dan berbintang2,dia tak sombong..malah sempat jugak luangkan masa berborak dengan pelukis amatur mcm aku.Siap hadiahkan aku buku tulisan beliau tentang panduan melukis potret lagi..(WAH BERTUAHNYA AKU!!..haha)
Beliau jugak x keberatan utk sain pd buku tu n tggalkan sedikit pesanan iaitu.."GOOD LUCK"
pendek dan ringkas..tp amat bermakna bg aku...





sekian dulu utk kali ni..
kita akan jumpa lg di entri seterusnya...karya lukisan terbaru aku....
assalamualaikumm


ingin wajah korang,atau orang kesayangan korang di potretkan??

isi FORM ORDER anda DISINI


Thursday, April 21, 2011

atas sebab2 tertentu,bermula dari 21.04.2011..semua tempahan potret mesti di dahului dengan bayaran deposit...harap maklum terima kasih atas sokongan kalian (O:

atas sebab2 tertentu,bermula dari 21.04.2011..semua tempahan potret mesti di dahului dengan bayaran deposit...harap maklum
terima kasih atas sokongan kalian (O:


micheal jackson


Sunday, April 10, 2011

LUKISAN SEMPENA HARI PERSARAAN DAN PERINGATAN/KENANGAN

"jasamu dikenang hingga ke akhir hayat...."

JABATAN ALAM SEKITAR
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 2011

(PUTRAJAYA)

Encik Lee Choong Min


Puan Zaimah Ghazali



(TERENGGANU)


Allahyarham Maimunah bt Hj Abd Razak..
15-3-1960 - 19-3-2006.. 
kanser payudara..
(ibu pada sorg kenalan aku kat fb)
marilah sama2 kita sedekahkan Fatihah kepad aArwah..semoga Rohnya di cucuri rahmat..amin..


KAU MAWARKU
Dan yg ni...sepertimana yg korg tau..aku ni xpandai mewarna..
tp aku cuba gak..
so ini adelah first baby aku in color...


Saturday, April 2, 2011

Perginya seorang penulis lirik yang terkenal...Jamaluddin Sulik @ lbh dikenali sgb SERI BAYU.

Perginya seorang komposer dan penulis lirik yang terkenal...Jamaluddin Sulik @ lbh dikenali sgb SERI BAYU...


Secara peribadi,aku sangat meminati karya2 Allahyarham..
Lirik yang di tulis sangat mendalam,sungguh puitis..

Aku tak sabar untuk mendengar lagu/dengan tulisan lirik oleh arwah bertajuk SEBELUM AKU PERGI..

Allahyarham Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaluddin Sulik meninggal dunia di Hospital Besar Port Dickson, Negeri Sembilan malam ini kerana menghidap sakit saraf.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.30 malam pada usia 46 tahun.

Banyak dugaan yang di lalui arwah semasa hayatnya..
semoga roh nya di cucuri rahmat...

Al-fatihah...


Wednesday, March 30, 2011

antara LUKISAN TERBARU - LAST WEEK

assalamualaikum....maaf sebab agak lama x update...agak busy sikit la (alasan lazim)...
entah kenapa,kebelakangan ni,mood untuk melukis pun kurang,hilang entah kemana tak tau kenapa..
bila kepala serabut,mood untuk fokus masa melukis pun out..
so kerja pun tertangguh...rugi3....

apepun,aku dapat jugak setle kan beberapa tempahan yang datang dari melaka,johor dan pulau pinang
ada lagi beberapa lukisan yang tak sempat aku upload,aku akan upload kemudian..

buat kawan2 yang dah buat tempahan,terima kasih atas sokongan,terima kasih kerana memahami,dan terima kasih kerana membuat bayaran dengan segera,dan terima kasih atas komen dan tunjuk ajar yang di berikan..

Seperti biasa,sebarang komen dan nasihat yang membina sentiasa aku alu-alukan dan amat ku hargai..

beat it!!!!

from one of my favourite action movie
The Bourne Ultimatum




sweetie in progress

baby on board
NOTE:ada permintaan untuk melukis mural di dinding bangunan...alamak aku tak pernah lagi buat...
boleh ke???



Monday, March 14, 2011

new potrait...KEDAH TO MELAKA...dll.......

nama dalam lukisan aku sensored,atas sebab2 tertentu..

tempahan potret 132

tempahan potret 124

tempahan potret 214



tempahan potret 241

tempahan potret 233








GOES TO BALING


Allahyarham Haji Md Daud..

tempahan potret 240



FROM oNe of My Favourite Movie..
-The Bourne Altimatum-






Lain-Lain Tempahan

tempahan potret #137

tempahan potret #143

MY BIG BRO

tempahan potret #203

tempahan potret #208

tempahan potret #252

tempahan potret #185

tempahan potret #248



Saturday, March 12, 2011

FROM KEDAH TO SINGAPURA

lukisan2 ini di tempah sorang awek manis dr luar negara..Singapura je..hehe..
kata cikgu yg mengajar braile kpd murid2 cacat penglihatan ni,
(yg juga mengajar bacaan Al-Quran kepada golongan dewasa di Singapura)
lukisan ni dia nak jadikan sebagai cover utk kalendar peribadi dia..
setiap helaian kalendar dia akan tulis potongan ayat2 suci al-Quran atau hadis,
Dengan tulisan jawi..

So setiap kali dia pandang potret2 ni,secara automatiknya dia akan
baca hadis dan potongan ayat2 suci tersebut seterusnya memberikan peringatan pada dia...

Emm sungguh menarik bukan??

Tapi sayangnya aku xdpt nak share hasil2 lukisan ni dgn kwn2..
Sbb nya adalah untuk menghormati permintaan awek muslimah ni yg xmau lukisan gmbar dia di publish di mn2..
Tp sbb degilnya aku,aku publish jugak..tp ciput2 je la..(O:












Friday, March 4, 2011

rimba bara rocks - -love this movie--


ZUL aka BAYU d'art aka (ZUL)KAPAN...

al-kisah nya dulu masa kat kolej,(kat tganu)ade ramai student yang nama zul..
bila sebut zul,4-5 orang yg akan menoleh..
lepastu mcm biase la..setiap zul ni dpt la gelaran masing2..
ade yg zul rabun,zul cina,zul akhir,zul buta la...mcm2..

tang aku,satu hari tu ms tgh sidai baju kat hostel,ade kwn2 pggil aku dgn nama kapan..
(masa tu aku tak tgk lg filem ni)
lepas tgk baru la aku tau knp diorg pggil aku dgn nama tu..

skrg,lepas 2 tahun lebih..
nama tu terus melekat pd aku..
even kat pjbt,kwn2 yg bukan satu kolej dgn aku pun,yg muda,yg tua smua pggil aku dgn nama kapan..
boss pun sama..

hmmm.....redha je la....



Sweet Everlasting memory
Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit,Kuala Terengganu..
2006-2008



Sunday, February 27, 2011

ANTARA LUKISAN POTRET TERBARU.....dan cerita sebalik lukisan


BOB TANGLUNG & HASLIANA ABD WAHAB

lukisan potret ni ditempah kawan lama aku masa belajar kat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong,N.Sembilan..
bOb ni junior aku masa kat institut tu & mereka berdua ni bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni..
Diharapkan Bob & Hasliana berpuas hati dengan lukisan yang aku lukis khas untuk mereka..                                                                                                Selamat Pengantin baru buat bob dan Hasliana,semoga kekal berbahagia ke akhir hayat.....Amin.....








 Aisyah aka Ellise Sha & Shermuth Pink a.k.a Adeq eeii..

Lukisan ni Aisyah yg tempah...Satu untuk koleksi peribadi dan satu lagi untuk di hadiahkan pada Adeq eeii..
Dah lama gadis dari Baling,Kedah ni nak aku lukis gambar dia..tapi aku ingt dia main2 je..sampai la satu hari tu kami berbual dlm facebook dan dia serius rupanya...

Lukisan ni agak lambat sikit siap dari tarikh dia tempah sebab aku terpaksa pi kursus selama 3 hari..
Maaf ye aisyah...tp dia ok...nasib baik dia faham..
Dan untuk lukisan Aisyah ni,90% aku gunakan pensel arang..(saje nak try..) 
*Sebab Aisyah sorg kawan yg sporting,aku bg lukisan ni siap dengan frame...TQ AISYAH...



Lukisan seterusnya merupakan lukisan kedua Mak & Abah aku..    Satu malam tu aku bosan,tak tau ape nak buat so aku pun lukis gambar ni..                                  
            Gambar reference aku ambil dari photo album pertunangan aku baru2 ni..Di lukis atas kertas bersaiz a3 dan menggunakan pensel 2B,dan 6B.      
 *Sayang mak dan Abah




Lukisan sorang pelajar yang baru grad dari Japan Malaysia Technical Institut.
Di tempah melalui email oleh kakak beliau,Cik Nur Rizana.

Setiap lukisan pasti ada cerita di sebaliknya..dan untuk gambar ini...
Kakak dia datang sendiri untuk ambil lukisan ni..Kami berjumpa kat Plaza Tol Bandar Baharu,Kedah.
lepas aku pas pada Nur Rizana,Alhamdulillah beliau berpuas hati..

Tapi bila dia hadiahkan pada Norsyafiah,katanya adik dia ni bgtau yg lukisan ni langsung tak serupa mcm gambar dia..aduhai....(peritnya untuk aku terima respon mcm ni...huhu)

aKupun xpela..aku bersedia untuk buat yg baru dgn syarat aku nak gambar reference yg baru..
Terkejut sgt bila tgk gmbar lain yg dia bg..dari mata aku,ape yg aku tgk beza sgt gmbr 1st dgn 2nd yg dia bg..
*Aku lukis ikut gmbr reference,mcmn yg dia bg,yg tu la aku lukis..

2 Gambar berbeza,orang yang sama

Korg tgk la sendiri ek....betapa bezanya gmbr ni dgn yg di atas...(O:

Ni hasil nya....
Ape2pun,hati customer kena jaga.. mcm yg slalu kita dgr,
 "CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT" 
dan kata2 sorg pelukis juga.. "DIFFERENT PERSON SEES DIFFERENT THINGS" 
(apatah lagi bila bercakap tentang seni)

Seperti yg aku janjikan,aku akan cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati customer dgn sebaik mungkin..
Thank you Nur Rizana..(O:



Saturday, February 5, 2011

Kali ni new post aku bukan koleksi lukisan potret terbaru,tapi berkenaan Kenapa AKU Tidak Melukis......Untuk Beberapa Hari ni.....


Jumaat,
1 Rabiulawal 1423 / 04 Februari 2011
11.00 pagi
Taman Ria,Padang Serai Kulim,
Kedah

Hari Pertunangan ku......  





               Azizol Abu Mansor & Safinas Hanoum bt Omar Anwar..


Syukur Alhamdulillah...majlis telah berlangsung dengan lancar...
Jutaan terima kasih aku ucapkan pada semua yang menyumbang dan hadir untuk melancarkan dan menyerikan majlis ini.

Pada ahli keluarga tersayang,terutama mak dan abah,abang-abang,kakak dan adik,pada teman-teman yang hadir,,fawas,najib & keluarga,mak angkatku,puan fuziah,serta ahli keluarga tunang ku....terima kasih atas komitmen kalian,terima kasih atas restu kalian,terima kasih atas segala-galanya..
Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa baik kalian..

Banyak yang aku nak tulis sebenarnya,tapi tak tahu bagaimana nak aku gambarkan dengan kata-kata...
Ada yang berkata,,"ala...bertunang je..belum nikah lagi...."
Tapi hanya tuan badan yang tahu perasaan sebenar...Disebalik kegembiraan,rasa terharu dan setiinggi-tinggi kesyukuran,ikatan ini mengingatkan aku pada persediaan diri,bukan sekadar wang ringgit tapi pada persediaan mental,komitmen dan tanggungjawab yang bakal aku pikul kelak...bla..bla...bla......

Satu perubahan dan anjakan dalam hidup telah muncul,kaki yang melangkah pun terasa seperti berpijak di dunia yang lain..

Aku adalah Azizol,Bayu d'arts,@ zulkapan yang baru...HAHAHA

"Semoga aku di terima,dan menerima..."

Paling penting,semoga ikatan dan silaturrahim yang terjalin ini terus berkekalan dan mekar dan subur mewangi, diberkati,dan di rahmati Allah SWT...Amin...Amin ya robbal 'Alamin.....

Buat teman-teman dan semua yang mengenali,doakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kami.....




terharu bila melihat gambar ni...ibu aku,& ibu safinas



ayah najib,Haji Hassan selaku wakil kepada keluarga ku



Reaksi 2 beradik ni (auni & sharif) 
bila melihat safinas keluar dari bilik 



Majlis tahlil selepas selesai majlis pertunangan

















..............












mmmmmuuuuaaaahhh!!!!!!!!



Acara menyuap gula...ni 1st time aku tau & tengok adat ni..(O:



Kakak aku pun suap jugak.......


Mak jah pun.....(mak mertua adik aku)


azirah (adik aku) pun sama terlibat!!!



Encik Omar Anwar (bapa safinas)



Ibu Safinas



Ibu kami..Nordidah bte Bahaudin & Rusni bte Hamzah


..........



Tak sangka betul kena bergambar jugak hari tu!!!


............




adik beradik aku...


Orang baru dlm keluarga kami...


insan-insan yang paling bermakna dalam hidup aku


Bersama sebahagian ahli keluarga yang hadir..
dan yg sempat bergambar..ada yg dah cabut awl lagi!!!
Dan tak lupa pada camereman aka Abg ipar aku..en.Shahzamrizal (yg paling besar tu dia la..hehe)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...