About Me

My photo
new town, Malaysia
Assalamualaikum... Manisnya senyuman itu menunjukkan keakraban dan kemesraan biarpun tiada sebarang ungkapan kata2. Renungan matamu menceritakan sejuta kisah.. kenangan itu akan di abadikan di lubuk sanubari selagi hayat di kandung badan.. menjadi kebanggan pada aku andai dapat memuaskan hati kalian dengan hasil karya yg aku hasilkan. Setiap tempahan akan aku siapkan dengan sebaik mungkin. Diharapkan hasil karya aku dapat membawa sekurang-kurangnya sekuntum senyuman pada kalian dan mereka yang tersayang. pada kalian yang sudah,sedang dan akan 'berurusan'degan aku..tiada ungkapan yang dapat ku sampaikan melainkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Setiap tempahan merupakan kepercayaan dan sokongan pada hamba yang fakir ini..yang sentiasa ingin memperbaiki dan mencari.... terima kasih.. wassalam...salam sejahtera..

THANK YOU FOR FOLLOWING ME

Tuesday, August 7, 2012

SEMPENA HARI JADI AKU HARINI,AKU ADE RASA RAJIN SIKIT NAK UPDATE BLOG NI... ANTARA LUKISAN POTRET AKU UNTUK AWAL OGOS 2012 ... (O:


assalmualaikum.. maafkan aku sbb agak lama aku tak update blog ni..sejujurnyua aku agak sibuk skrg.. ade masa terluang nanti aku akan update.. sekarang merupakn masa untuk aku pulun siapkan kesemua tempahan-tempahan lukisan korng. kat sini aku lampirkan beberapa artwork aku..selebihnya korang boleh follow kat page FB aku..



Sebelum tu,aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua ahli keluarga,teman dan kenalan yang tak lupa memberikan ucapan beserta doa beserta juga dengan majlis sambutan yang ade kek yg sangat2 cute..sempena ulangtahun harijadi aku harini.. 10 ogos...terharu aku beb..ramai juga yang ingat kat aku lagi rupanya ye....sebak ni...uhuk3...alhamdulillah..Terima kasih aku ucapkan..hanya Allah je yang dapat membalasnya... semoga doa kalian di makbulkan..insyaallah...
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!!!  hehe


ready to go



lukisan potret ni pulak,merupakan tempahan daripada sorang kwn aku dlm FB...yang mana aku rasakan gambar ini di ambil daripada majlis pertunangan diorang berdua ni...menggunakan saiz kertas lukisan b4, & pensel steadler 6B,ini la hasilnya.. (gambar ini di ambil sebelum final touch up)  ... di doakan agar hubungan mereka berdua ni kekal bahagia ke akhir hayat...insyaallah....amin....(O:

SELENA.. 
@ alyn...alyn ni sebenarnya kawan yang sama sekolah dgn aku dulu..juga merupakan kwn baik kepada kawan baik aku...dengan menunggang motor yamaha sukan (sport) ,setiap petang dia akan datang ke rumah jiran aku,yang juga kawan baik aku..dan kawan baik dia jugak la..faham? tak faham sudah...(O: 
       ni cerita lama..kira-kira 10 tahun yang lepas..tapi masih segar dlm ingatan aku...baru2 ni dia terjumpa balik dlm fb dan...selain drpd menjalin kembali silaturrahim antara kwn2 sekolah aku dulu..malah telah membawa kepada terhasilnya lukisan potret ini...(:



Sayang Ibu...
Automatically aku sendiri yang pandai2 bubuh tajuk ni..hehe..ini pulak merupakan tempahan daripada sorang kawan aku dlm FB,dari putrajaya..di lukis atas kertas lukisan saiz b3,pensel steadler 6B dan sedikit sentuhan dengan charcoal stick ( maaf nampak comot sikit..gambar ni aku snap masa baru siap 60 %).. ade masa terluang nanti aku akan update lagi ye..banyak lagi yang aku tak publish...selebihnya korang boleh follow kat page FB aku k..jumpa lagi di entry seterusnya..assalamualaikum..











atau terus preview SEBAHAGIAN DARIPADA KOLEKSI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...