About Me

My photo
new town, Malaysia
Assalamualaikum... Manisnya senyuman itu menunjukkan keakraban dan kemesraan biarpun tiada sebarang ungkapan kata2. Renungan matamu menceritakan sejuta kisah.. kenangan itu akan di abadikan di lubuk sanubari selagi hayat di kandung badan.. menjadi kebanggan pada aku andai dapat memuaskan hati kalian dengan hasil karya yg aku hasilkan. Setiap tempahan akan aku siapkan dengan sebaik mungkin. Diharapkan hasil karya aku dapat membawa sekurang-kurangnya sekuntum senyuman pada kalian dan mereka yang tersayang. pada kalian yang sudah,sedang dan akan 'berurusan'degan aku..tiada ungkapan yang dapat ku sampaikan melainkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Setiap tempahan merupakan kepercayaan dan sokongan pada hamba yang fakir ini..yang sentiasa ingin memperbaiki dan mencari.... terima kasih.. wassalam...salam sejahtera..

THANK YOU FOR FOLLOWING ME

Wednesday, January 25, 2012

antara hasil lukisan potret terbaru ..awal januari 2012

assalamualaikum...
alhamdulillah...kita dah pun memasuki ke tahun 2012
syukur kita masih lagi jadi insan terpilih untuk terus menikmati kurniaan Allah di atas muka bumi ni..

ok..sebenarnya dah agak lama aku tak buat pos baru..untuk itu,aku akan share beberapa lukisan yang terbaru.atas sebab2 tertentu,hanya sebahagian daripadanya saja yang aku akan upload..harap maklum..

terima kasih atas sokongan dan galakan serta kepercayaan daripada kalian.Di harap saya akan terus mendapat sokongan dan saya juga berjanji akan sentiasa cuba untk mempertingkatkan kualiti lukisan saya dari sema ke semasa..insyaallah...





work in progress..THE CAPTAIN
di tempah oleh sorang kawan (fb) dari georgetown,Penang.
Bersaiz A2,untuk lukisan ni,aku gunakan pensel 2H,4B,7B,8B & charcoal stick


 lukisan ni pula,di tempah juga sorang kawan kat dalam fb,
untuk di jadikan hadiah sempena sambutan harijadi sahabatnya.Beliau tempah sekali dengan frame..
saiz B4 (16 X 11 inci)


 Manakala lukisan ni,tempahan datang dari Selangor.Merupakan potret sekeluarga.
Dan seperti yang aku sarankan,bila lebih dr 2 orang,elok la di lukis
dengan kertas saiz A2..jadi tak la nampak sesak sangat.

 Bersaiz B4 (16 x 11 inci) dan di tempah sekali dengan bingkai
tempahan ni datangnya daripada Butterworth,Penang



 Tempahan yang datang daripada Slim River,Perak.
Bersaiz A2 dan aku gunakan pensel 4B & 7B serta berus kering


Datangnya daripada Perak juga,juga bersaiz A2
Agak mencabar untuk siapkan lukisan ni bagi aku sebab gambar ini datangnya berasingan.
Salah satu dari gambar ni bersaiz sangat kecik.
Tapi sebab aku dah 'ter'lukis detail utk gambar sebelah kiri,jadi sebelah kanan pun aku kena
buat detail jugak la.
Kena banyak berimaginasi dan komunikasi dengan customer agak membantu sebab tak dapat hanya berpandukan pada gambar yang tak jelas.Alhamdulillah..mereka menyukainya...(O:




Sekian saja untuk paparan kalini,kalau aku buh banyak-banyak nanti korang bosan pulak..hehe
Sekali lagi ingin aku ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang berterusan dari kalian,baik dari kalangan pelanggan,kawan2,ahli keluarga,atau teman-teman artis yang lebih arif..Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Sebarang komen dan saranan yang membina sentiasa saya alu-alukan.
Tempahan masih lagi saya terima...insyaallah

Saya boleh di hubungi di talian 0126414194 @ 013 4564610 (salah satu) @ zizol4484@yahoo.com
Untuk info selanjutnya klik di sini atau untuk isi FORM ORDER klik sini juga untuk melihat

Juga mari kita jumpa dan berborak2 sambil melihat kolekso lukisan saya di facebook dgn mencari   
(klik pada nama) bayu loziza atau cari saya berdasarkan alamat email (zizol4484@yahoo.com), atau LIKE pada pages saya di facebook iaitu (klik pada nama page) AKU,POTRET & KAMU







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...